Nov 2, 2018

Petang Jumaat yang hujan

Holla! Assalamualaikum!

setelah sekian lama akhirnya tiba-tiba terdetik nak buka blog ni.
ingatkan blogger dah delete akaun aku sebab dah lama sangat tak aktif
ni pun sebab tengah bosan nak mampos sekarang ni takde benda nak dibuat.
saja lah nak cerita sekarang ni aku duduk ofis literally macam takde kerja
betul-betul takde kerja sampai kerja yang aku buat adalah mencari kerja untuk dibuat. paham tak
ada tu aku dengan sengaja dan rela tanpa paksaan prepare design calculation sebab nak memudahkan future aku buat calculation nanti. thank me later future me.

cek-cek balik tadi my last post is about trip to perth.
and ada satu draft pasal trip ke china tapi tak post pun dah kenapaa hanjirr
bila baca balik post pergi perth tu teringat balik memory pergi perth dulu dengan duit RM2,000++ yang ikut fly pergi perth sekali but never return :(
walaupun post tu macam karangan bahasa melayu form 4 yang berjela-jela tapi every single detail tu buat kau rasa macam "oh right i remembered this" perasaan yang kau sorang je akan rasa dan ingat
sebab tu WAJIB buat post bila balik pergi bercuti supaya dapat ingat balik memori-memori pergi luar negara tu.
ini pergi china hari tu tak post lagi.
disember 2017 pergi pattaya tak buat post.
september 2018 pergi new zealand pun tak buat post halaahh *menangis*

so weekend ni aku akan buat trip ke memory lane dan buat tiga (3) post ke china, pattaya dan new zealand. hah nah kau kita bagi bagi bagi lantak pii
cuti 4 hari ok sabtu ahad isnin selasa sebab deepavali plus compulsary leave (baca: cuti yang dipaksa)
dah alang-alang kena paksa cuti ni sekurang-kurangnya ada lah benda tak berfaedah aku boleh buat
kisah-kisah trip ni pun nanti cuma akan berdasarkan apa yang masih segar dan tersimpan dalam kepala otak aku ni dengan gambar-gambar sendu yang dah basi yang masih tersimpan dalam phone dan laptop ni.

sekarang nak mandi solat makan dulu perut sudah berirama lagu-lagu dangdut.
semoga mood menulis ni akan kekal sampai aku siap tulis post-post ni semua. chaiyok!