Nov 3, 2018

Factory Testing @ China

*post ini ditulis pada 15/7/2017*

Ay mate!
Alhamdulillah selamat sampai Malaysia dalam lebih kurang 4 jam lepas.
This post will be all about my trip to China.
Tujuan utama ke sana adalah untuk testing chiller sebelum delivery ke project site.
Nak make sure equipment yang dibeli tu betul-betul menepati spesifikasi yang dah ditetapkan.
Kalau tak koyak lah nak kena hantar pergi China balikk (FYI shipment 4 buah equipment tu dari China ke Malaysia total lebih kurang US$50,000 wtf!)
Since blog ni bukan lah blog ilmiah, so aku takkan cite apa benda chiller tu, fungsi dia, rupa bentuk, spesifikasi bagai sume lah kan.
Also, this trip is not all about testing je.
Kitorang ada free leisure trip jugak sebab dah alang-alang ke negara orang ni kan.

So our flight to China on 11/7/2017, Selasa pukul 8.50 pagi.
Kitorang pergi 8 orang semuanya - Client, project manager DUA ORANG (xtw kenapa kena sampai 2 org), consultant, architect, main contractor, sub-contractor & supplier
First time ever aku naik MAS business class. And it's a whole different experience from economy class.
Satu, check-in line dia tak panjang. Tak payah queue lama-lama. Kalau datang lambat check-in lambat pun boleh.
Dua, there's a special waiting lounge. Dekat situ dia ada sediakan breakfast and the place is very nice and comfort. Kalau nak tunggu lama-lama kat situ pun ok je sebab cozy ada sofa
Tiga, nak boarding flight tak payah berhimpit or queue panjang-panjang dengan golongan marhaen. Ada special lane terus masuk, just for business class people only *berlagak*
Empat, dia punya seat is veryy spacious. Boleh adjust nak duduk, baring, footrest. Ada massage function. Ada skrin, boleh tengok movie, drama, dengar music, baca magazine. Headphone dia akan bagi. Ada selimut, bantal. Complete lah hidup kau kalau flight tu 2-3 hari pun aku sanggup. Sangat-sangat lah selesa compared to air asia punya economy seat masa pergi Perth dulu.
Lima, the services. Normally untuk golongan-golongan economy diorang akan serve makanan sekali je kan. Tu pn kalau kau beli lah untuk flight Air Asia. Tapi yang ni mula-mula dia akan bagi jus dalam gelas right after you take your seat. Lepas tu dia bagi hot towel. And then dia akan serve entree. Kalau masa nak pergi China, dia serve buah, kek dengan bun. Masa nak balik Malaysia dia serve satay, buah, bun dengan salad. Ada hot drink jugak nak coffee ke, teh tarik, teh susu. For main course, ada 3 choices so boleh pilih nak makan apa. Masa nak pergi China, ada nasi lemak, mee, atau mushroom dish ke apa. Aku makan nasi lemak. Masa nak balik Malaysia, boleh pilih nasi dengan lauk ayam, ikan atau mushroom dish. The food is good. And not like economy class, dia akan serve dalam pinggan, plate it very nicely.
Tu lah yang aku ingat special nye pasal business class ni. It is sooo good especially when it is paid by Client hahah

Flight lebih kurang 5 jam. Tapi sepanjang flight tu, aku tak tidur langsung. Sibuk revise untuk testing nanti.
I'm so worried because it's my first time, and I definitely need to know everything since I have to witness and approve the test.
Takkan nak approve je kan. Kena lah tunjuk pandai sikit. Ikut kata senior aku, kepandaian tu kena tunjuk biar orang recognized kita. Jangan takut nak riak or bangga hah gituh.
Semua formula, conversion, standard, procedure aku hafal dah macam nak masuk exam. Nak tidur pun rasa tak tenang.

Sampai je Shanghai airport, ada transport sedia untuk pergi area Wuxi - tempat kilang untuk testing equipment tu. Drive dalam 2 jam lebih plus traffic jam semua.
Nama hotel kitorang stay tu Hyatt Regency. It's very nice. One room for each of us okehh.
Aku ingat kan share room sebab bilik dia sangat besar nak duduk sorang-sorang.
Sampai-sampai dah pukul 7 malam. Then dinner kat restoran China belakang hotel, lepas tu balik rehat.
Halal food sangat susah nak cari kat sana. They serve pork and beer almost at every place.
So kalau pergi sana sendiri elok kau puasa je lah senang

Second day, breakfast dekat hotel, then pukul 9 gerak pergi kilang.
Kitorang check out terus pagi tu sebab lepas tu nak balik Shanghai stay kat sana pulak.
Visit around kilang tengok production, tengok testing, dia punya result, cek-cek semua betul kan mana yang kurang.
For lunch kitorang makan restoran India. Food is very nice.
Aku makan seafood dia je. Scallop dia masak apa entah sedap gilaa.
Lepas lunch, sambung testing lagi dekat kilang.
Testing dia agak lama lah and kitorang cuma duduk dan tunggu result je. Agak boring jugak lah.
So to kill the time, engineer dia bawa pergi walk around, visit kilang dekat tempat lain.
Lepas tu pukul 5pm, test tu still belum habis lagi omg. Sebenarnya macam ada technical errors sikit kena buat adjustment balik and so on which that should not happen lah.
Sepatutnya a day before dah get prepare dulu so bila datang run test orang witness then settle.
So sebab lama lagi nak habis, they were asking me, boleh tak kita balik je then nanti result diorang just emel.
I was like apekahh?? Client paid for this trip for us to do witnessing kot.
Kalau kau balik tak witness test tu sampai habis then apakah motif sebenar kau berada di sini, lebih-lebih lagi project manager yang datang sampai 2 orang tu adakah sekadar datang untuk menggentel bulu hidung sajerr??
So long story short, 4 orang balik, and 4 orang lagi stay untuk finish test tu.
Obviously aku memang kena stay, lepas tu ada arkitek, main contractor dengan supplier.
While waiting tu kitorang sempat lah have a quick dinner dekat papa john.
Food is ok, and we order seafood pizza only so should be ok lah (kot).
The test finish around 8pm. Selamat everything went well.
So lepas habis test, kitorang gerak ke Shanghai balik which is around 2 hours jugak lah.
Masing-masing pun dah exhausted dari pagi duduk kilang je kan.
Sampai hotel around 11pm. Kitorang stay dekat hotel Intercontinental Shanghai.
And it's a lot better than the previous hotel.
I thought the previous one is very good. Tapi this one is much better!
WC is automated. You walk in and the toilet cover will open automatically woww.
Then it got sensor for flushing, and for washing it has buttons next to it to adjust how you want the water spray macam tu lah. Impressed gilaa okehh!
Malam tu dah takde buat aktiviti lain dah since semua dah exhausted. So we called it a day.

-----------------------------------------------------------------------------------------

ok sambungan post ni aku tulis on 2/11/2018 whereas tulisan atas ni is created on July 2017 which is more than a year ago lol
so the story may not be very detail sebab benda tu dah hampir terhapus dari kepala otak aku

the next day tu kitorang explore bandar Shanghai
aku breakfast dekat hotel tu dengan member arkitek ni
bilik kitorang dekat hotel ni terpisah jauh-jauh so agak susah lah nak kejut pegi breakfast sama-sama
pagi tu pun member aku whatsapp ajak pergi breakfast sekali
lepas breakfast kitorang siap-siap nak pegi jalan-jalan
btw china is f*cking hottt gila bab* time kitorang pergi ni
nampak tak penggunaan carutan berganda-ganda nak menunjukkan betapa panas nya cuaca dia
aku plak pergi keluar pakai kemeja, hitam, lengan panjang halahhh dah lahh hottt lepas tu tambah lagi hott duhhhh hahah
1st tempat kitorang pergi ni tempat yang aku rasa memang untuk tourist sebab souvenier banyak kat sini
ada jugak kedai-kedai jual makanan tapi aku tak beli lah sebab musykil tiba-tiba nanti termakan karipap inti daging bab* ke mana tahu kan
memang makan kitorang kat sini pn semua mamat supplier ni yang guide sebab dia dah biasa bawak orang pergi china ni so dia tahu lah mana tempat makan halal (or yang dia rasa halal lol)
ok *baru google* nama tempat tu adalah old town shanghai
dekat situ ada jugak tasik and jambatan orang ambik-ambik gambar tapi aku tak explore sangat sebab ramai gila orang dengan suhu yang macam neraka (pernah masuk neraka kerr?)
aku teman member aku beli souvenir je sebab mamat supplier tu bagitau barang-barang situ mahal. nanti dia bawak pergi tempat yang murah sikit.
so aku pun ikut je lah cakap dia tak beli apa-apa sangat pun kat situ.
aku cuma beli miniature oriental pearl tower je sebab design bangunan tu unik sangat

lepas tu kitorang pergi disney china flagship store.
kedai ni betul-betul dekat depan oriental pearl tower tapi kitorang tak masuk pun tower tu.
so dah nama pun disney store, memang jual benda-benda disney lah
aku tengok-tengok je tak beli apa-apa pun
kalau murah boleh lah jugak rembat 1-2 barang. ini harga pn dah macam apa baik aku beli baju kemeja padini boleh pakai buat pergi kerja
dah penat tu kitorang pun pergi mall dekat sebelah disney store tu untuk lunch
kitorang separate into 2 groups - 1 group geng meleis yang cari makanan halal, the other group aku pun tak sure diorang makan apa masa tu
yang ni aku tak ingat apa yang kitorang makan so i'll just skip this part

then kitorang pergi fake market dekat AP Plaza
nama-nama tempat ni semua aku google je sebab tak ingat langsung dah haha so tak tahu lah betul ke tak tempat tu yang aku pergi
for the sake of this post lets just assume yang memang tempat tu AP Plaza lah haha
nama pn fake market so dah self explanatory dah tu
kat sini lah mamat supplier tu cakap barang-barang murah
tapi hakikatnya most of barang-barang sini lebih kepada fake items so tak banyak sangat souvenir lahhh
haihh kalau tau aku borong souvenir dekat old town tadi je
berapa kali jugak lah aku melilau-lilau sebab taktau nak beli souvenir apa
end up aku beli baju je sebab barang-barang souvenir dia tak menarik langsung
so aku sebenarnya memang takde souvenir sangat pun dari china ni
adalah last-last minute beli keychain satu bundle untuk member-member
nanti kang ada pulak yang bising cakap pergi oversea tak beli kan apa-apa hehh caruttt kang

ok move on to next place plak. haih banyak jugak tempat kitorang pergi hari tu and surprisingly aku boleh ingat lagi woww
next kitorang pergi shanghai tower - the highest tower in china (kot)
bila dah dalam construction industry yang asyik hadap projek bangunan je, kau pun kena terikut sekali untuk minat dekat bangunan-bangunan ni
and it's actually good lah boleh tengok macam mana orang negara lain design their system semua
nampak tak trip ni bukan lah sekadar jalan-jalan kosong sajerrr
so kitorang naik lif terus pergi tingkat atas (kot)
dekat atas tu nampak lah view keliling untuk tengok kawasan shanghai ni
aku takde ambik gambar apa-apa pn sebab time tu berkabus so nak ambik gambar pn tak clear
phone pun jenis yang ambik gambar sendu-sendu je so nan hadoo lah
lepas tour tower tu, kitorang balik hotel untuk refresh kan diri
malam tu kitorang pergi The Bund. otw tu ada lah lalu-lalu street dia which is very happening at night.
i like the ambient except that suhu yang panas nak mamposs like malam-malam pun panasss ke omgz
dia panas yang bahang sebab kan takde matahari tapi rasa panass je like omg am i in a giant sauna ke apa nihh
apa-apa pn dia punya view at night sangat lawa dengan skyscrapers yg berlampu-lampu warna-warni
dekat situ pun sangat crowded like masa tu khamis malam kot tapi ramai gila orang
tak sure lah memang every night crowded ke or masa kitorang datang tu je entah ada celebration ke apa
lepas pergi situ kitorang straight head back to hotel
aku tak sure kitorang dinner dekat mana like totally tak ingat langsung
rasa macam mesti ada dinner somewhere tapi aku tak boleh recall
hotel Intercontinental Shanghai ni bagus sebab kitorang boleh access social media
kalau dekat area lain and hotel yang kitorang pergi sebelum ni memang dia block social media macam fb, twitter ni
so malam tu aku cuma post story dekat fb je pasal video dekat The Bund. kahhh tu pun nk cite ke

jumaat tu our last day so takde apa-apa aktiviti sangat pn
bangun pagi breakfast kat hotel then pack barang siap-siap nak pergi airport
flight kitorang petang so memang lepak dekat airport je lah
dia punya business lounge ok lah tapi klia punya macam lagi best sikit kot
so dalam flight tu aku dapat lah rilek sikit sebab dah takde kena fikir apa-apa dah
dapat jugak tidur dengan selesa dan menikmati business seat tu dengan tenang
paling aku ingat dah sampai malaysia malam tu dia pasang lagu raya bila nak landing haha
sebab masa tu pun bulan syawal lagi so mood raya tu still ada lah
sampai malaysia malam and parents aku pick up terus balik rumah

tu je lah yang aku dapat ingat
the most memorable things for me during this trip are first time pegi china (of course), first time attend FAT - factory acceptance test, first time naik business class haha
i enjoyed myself very much. the group is ok lah i mean takde lah happening sangat compare to trip dengan member-member sebab ni dengan orang-orang tua kan so borak pun pasal benda-benda matured lah takde lah gosip-gosip makcik bawang semua haha

so conclusion nya will i go to china again? yes if sponsored. definitely no kalau pakai bajet sendiri kbai

Nov 2, 2018

Petang Jumaat yang hujan

Holla! Assalamualaikum!

setelah sekian lama akhirnya tiba-tiba terdetik nak buka blog ni.
ingatkan blogger dah delete akaun aku sebab dah lama sangat tak aktif
ni pun sebab tengah bosan nak mampos sekarang ni takde benda nak dibuat.
saja lah nak cerita sekarang ni aku duduk ofis literally macam takde kerja
betul-betul takde kerja sampai kerja yang aku buat adalah mencari kerja untuk dibuat. paham tak
ada tu aku dengan sengaja dan rela tanpa paksaan prepare design calculation sebab nak memudahkan future aku buat calculation nanti. thank me later future me.

cek-cek balik tadi my last post is about trip to perth.
and ada satu draft pasal trip ke china tapi tak post pun dah kenapaa hanjirr
bila baca balik post pergi perth tu teringat balik memory pergi perth dulu dengan duit RM2,000++ yang ikut fly pergi perth sekali but never return :(
walaupun post tu macam karangan bahasa melayu form 4 yang berjela-jela tapi every single detail tu buat kau rasa macam "oh right i remembered this" perasaan yang kau sorang je akan rasa dan ingat
sebab tu WAJIB buat post bila balik pergi bercuti supaya dapat ingat balik memori-memori pergi luar negara tu.
ini pergi china hari tu tak post lagi.
disember 2017 pergi pattaya tak buat post.
september 2018 pergi new zealand pun tak buat post halaahh *menangis*

so weekend ni aku akan buat trip ke memory lane dan buat tiga (3) post ke china, pattaya dan new zealand. hah nah kau kita bagi bagi bagi lantak pii
cuti 4 hari ok sabtu ahad isnin selasa sebab deepavali plus compulsary leave (baca: cuti yang dipaksa)
dah alang-alang kena paksa cuti ni sekurang-kurangnya ada lah benda tak berfaedah aku boleh buat
kisah-kisah trip ni pun nanti cuma akan berdasarkan apa yang masih segar dan tersimpan dalam kepala otak aku ni dengan gambar-gambar sendu yang dah basi yang masih tersimpan dalam phone dan laptop ni.

sekarang nak mandi solat makan dulu perut sudah berirama lagu-lagu dangdut.
semoga mood menulis ni akan kekal sampai aku siap tulis post-post ni semua. chaiyok!