May 21, 2017

Jalan-jalan Perth

Salam hujung minggu!

Ini adalah post yang ke-83, 184 hari selepas post terakhir pada 19/11/2016, dan post pertama pada tahun 2017 *applause*
Manakan wujud nya post ni kalau takde benda untuk diperkatakan kan

Ceritanya masa 14/5-17/5/2017 yang lepas aku pergi vacation di Perth.
My furthest oversea's trip so far. dulu terbang sampai ke Bali saje
Jadinya posting ni bertujuan untuk disimpan sebagai kenangan supaya trip bertotal RM2000+ ni tak dilupakan macam tu je *ketawa dalam kesedihan*

Flight aku dari klia2 pukul 12.00 pagi 14/5 (ahad). So sabtu petang tu memang dah ada kt airport nk get ready check in masuk luggage apa semua lah kan.
Memang plan nya ambik flight malam, tidur dalam flight lepas tu sampai je perth terus pergi berjalan. No time to be wasted. Itinerary pun memang sangat pack untuk the whole trip.
Seboleh-boleh je nak pergi semua tempat dalam 3 hari tu kan

One thing to remember kalau nak pack barang, 10kg tu tak berat pun okk.
Aku memang dah siap beli luggage dengan member aku 25kg. 10kg aku, 10kg dia, 5kg untuk barang makanan kitorang
Sekali masa nak check-in baggage tu, total berat barang kitorang semua 27kg. Barang aku je 12kg hahaha
Nasib baik AirAsia bagi hand carry 7kg. Aku pun memang bawak beg kecik siap-siap letak dalam luggage tu.
So keluar kan lah 2kg dari luggage tu untuk hand carry.
Selesai check in, imigresen, security semua, melanguk lah kami dekat balai pelepasan tu lebih kurang 3 jam

Flight KL-Perth lebih kurang 5 jam. Dalam flight tu memang tak dapat lah nak beauty sleep sweet dream apa semua kan. tidur-tidur ayam je lah.
Sampai airport perth lebih kurang pukul 5 pagi. Btw time zone malaysia dengan perth adalah sama. So takde lah jet lag.
Sampai airport tu, mula-mula lalu imigresen. Lepas je imigresen tu, ada officer panggil aku tanya pasal kerja apa, pergi perth buat apa, dalam akaun bank ada berapa. etc. Jawab je lah kan dengan muka yang confident. Nasib baik dia tak mintak bank statement ke kan.
Memang aku pernah baca nanti ada officer akan random pick orang untuk disoal siasat. Konon nya pasal yang orang malaysia datang australia petik buah secara haram tu lah. Muka aku ni nampak macam ada rupa pemetik buah lah kot

Settle imigresen, dekat security plak kena queue lagi untuk yang declare bawak makanan. So tips nya prepare list makanan siap-siap. Lepas tu tunjuk je dekat officer tu list tu. Dia jeling kejap je lepas tu terus kasi pass. Tak payah nak bukak kotak tu selongkar barang cek satu-satu.

Dah settle semua, maka bermulalah perjalanan menjejakkan kaki di bumi perth ni. Sebelum tu jangan lupa beli sim card aussie. Senang ada pakej call dengan internet.
Kami dekat perth ni fully depends on public transport. Best thing about WA (Western Australia) ni diorang ada apps untuk public transport, lengkap dengan bus schedule, nombor bas. nombor bus stop semua. Sangat senang nak guna public transport dekat sini.
Tiket untuk public transport ni pulak ada banyak jenis. Nak senang, kalau sabtu dengan ahad, beli je family rider tiket $12.40. Unlimited bus & train ride untuk max 7 orang. Sangat-sangat jimat
Kalau weekdays, boleh beli dayrider $12.40, unlimited bus & train ride untuk 1 orang selepas pukul 9 pagi.
Tapi kami hari tu beli kad smart rider je. Dia macam touch n go. Just reload, lepas tu nak naik bus or train, touch je guna kad tu. Tak payah pergi beli tiket. Senang sikit.
Kalau nak info lebih pergi je website transperth.wa. Semua info ada dekat situ.

First day tu kami singgah hotel dulu tinggal kan luggage. Nak check-in lepas pukul 2 petang baru boleh.
Lepas tu kami terus pergi Fremantle. Fremantle ni bukak hanya hari jumaat, sabtu dengan ahad.
Selalu nya orang datang sini untuk beli souvenir sebab murah.
Lepas tu singgah lunch dekat kedai fish n chips. Bagi aku fish n chips dia overrated sangat. Rasa macam biasa je. Tapi sos dia memang sedap.
Dah kenyang, penat shopping semua, wajiblah singgah tempat-tempat area situ untuk photoshoot kan.
Then kami balik hotel untuk check in. Kami mintak bilik deluxe tapi dia bagi satu double bed dengan satu single bed. Memang selesa sangat bilik dia.
Lepas tu kami pergi blue boat house dalam pukul 5 petang nak ambik gambar je. Tapi di perth ni pukul 5.30 petang dah start nak gelap. Dengan hujan nya. Lepas tu kena tunggu turn ada orang lain sebelum kitorang nak ambik gambar lagi. So kitorang pun plan datang balik besok pagi.
Sebelum balik hotel, kami singgah supermarket dia untuk beli barang-barang dapur sikit.
Sempat lah beli air susu coklat Dare yang orang asyik sebut-sebut tu. Bagi aku it is so overrated. Rasa dia macam susu dutch lady je. Dah lah satu botol tu $4
FYI, dekat aussie ni, price barang dia lebih kurang macam malaysia. Contohnya barang dekat malaysia harga RM4, dekat sini harga lebih kurang $4 jugak. Tapi sebab currency rate dia 3.2 kali ganda dari malaysia, so $4 = RM12+. Jadi mahal lah kan
Sampai hotel, kami masak nasi briyani ayam yang pek Brahim tu. Sedap jugak nasi dia. Tapi lauk-lauk dia macam kurang sikit. But ok lah untuk isi perut kan

Second day, pagi-pagi tu kami terus pergi blue boat house untuk photoshoot. Lepas tu, kami naik bus & train pergi ke Rockingham. Dekat sini ada tempat penguin, sea lion dengan dolphin.
Location dia jauh sikit lah dari bandar Perth. Lebih kurang 1 jam lebih.
Bad news nya, sampai je sana orang tempat tu kata feri unavailable sebab cuaca tak elok.
Nak ke penguin island tu memang kena naik feri.
Kecewa gila. bazir macam tu je lah masa kitorang. So tips untuk yang nak datang sini, call dulu tempat tu tanya feri dia operate ke tak hari tu ok.
Tapi kami dapat jugak lah bergambar sikit dekat tepi pantai tu. Takde lah nampak sia-sia sangat datang situ kan.
Masa nak balik tunggu bas tu, hujan lebat lah pulak. Memang malang betul hari tu haha.
Nasib baik aku bawak baju hujan. Dapat lah kami berdua berteduh sikit.
Penting tau beringat-ingat ni. Tak kisah lah pagi tu cuaca panas pun. Bawak je baju hujan ke payung siap-siap.
Lepas tu kami terus singgah ke Watertown outlet. Dekat sini macam JPO lah. Banyak brand outlet and mostly ada offer. Boleh lah nk beli baju, kasut kat sini
Kami lunch makan kebab dekat sini. Ada tulis halal so jangan risau. Portion dia kalau beli satu tu memang kenyang gila even kau tengah lapar gila. Nampak je macam sikit.
Siap shopping, makan, kitorang pergi Elizabeth Quay. Dekat sini boleh lah nk selfie ke photoshooting sebab nice jugak view dia. Kitorang pun ada naik feri pergi seberang lepas tu patah balik just untuk merasa naik feri je.
Apparently orang sini guna feri as a transport untuk pergi kerja jugak. So this ferry is not just for visitor attraction je.
Lagi satu, dekat perth ni dia galakkan untuk naik basikal jugak. Memang ada special lane untuk basikal. Dekat traffic light pun ada signal light untuk bicycle rider. Dalam train pun ada special area untuk parking basikal.
Then dah malam tu kami singgah restoran indonesia untuk dinner, baru balik hotel

Third day, kami pergi ke Caversham Wilidlife. Dekat sini lah nak tengok kangaroo, koala tu. Boleh kata wajib lah datang sini kalau datang aussie.
Kangaroo dia memang open. Boleh lah nak feed ke, pegang, peluk. Tapi nak tunggang tak boleh ok. Kangaroo dia memang jinak. Awal-awal tu macam takut jugak lah nak sentuh kan. Tapi sebenarnya macam pegang kucing je. Dia tak lari pun kalau kau usap dia.
Koala pulak dia tak bagi dukung. Boleh ambik gambar je. Kalau nak sentuh pun boleh sentuh kat punggung dia je haha. Tapi koala dia sangat manja. Bila attendant tu dukung koala nak letak dekat dahan pokok, koala tu peluk je attendant tu tak nak turun. Haha sangat comel ok. Macam baby.
Lepas tu ada jugak lah show binatang dekat sini kalau nak tengok
Penat memburu binatang, kami naik uber nak ke Chemist Warehouse. Bas agak susah nak dapat dekat sini. Ada pn dalam selang 1 jam kot. So kami naik uber je. Uber dekat sini tak boleh bayar cash. Semua kena pakai kad kredit.
Chemist Warehouse dekat Mirrabooka ni selalu nya orang pergi untuk beli perfume sebab murah lahh kata nya kan. Untuk penggila perfume tu seronok lah. Aku beli mana yang rasa macam affordable je. Tester pun tak ada. So macam pasrah je lah ambik perfume tu. Entah wangi ke tak taktau lah.
Then kami lunch dekat area situ. Aku order ayam 1/4 tapi dia bagi 1/2. Tak macam bannyak pulak kan. Aku makan separuh je. Lagi separuh tapau bawak balik. Sos garlic dia sangat sedap. Tapi sangat kuat bau dia bila kau tapau tu bawak naik dalam bas memang semerbak harum.
Lepas tu kami naik uber lagi pergi ke Megabes. Tempat ni untuk beli souvenir jugak. Dia ada kedai dekat Fremantle tapi orang kata dekat sini lagi murah. Bagi aku baik shopping dekat Fremantle. Lagi banyak pilihan dan luas. Harga tak lah jauh sangat pun beza.
Btw nak datang sini kena call dulu owner dia. Sebab kedai dia kecik je. Kalau ramai sangat serbu nanti dia tak bagi masuk.
Dekat sini je kami spend dekat 1 jam lebih sebab nak bayar tu lama sangat.
Penat shopping, kami singgah beli apple strudels kejap sebelum balik hotel sebab ramai yang recommend untuk rasa apple strudels ni.
Sedap jugak apple strudels ni. Boleh je nak try kalau datang sini. Kat malaysia tak jumpa.
Balik hotel tu kami rehat-rehat kejap, solat, Lepas tu keluar balik untuk bergambar dekat area-area situ je.
Malam tu kami singgah dekat restoran melayu untuk alas perut je. Dekat hotel tu pun ada banyak lagi makanan nak dihabiskan sebelum balik besok.

Untuk last day, kami memang tak plan nak berjalan mana-mana. Pukul 10 pagi dah kena check out.
Kemas-kemas barang, lepas tu naik uber terus pergi airport.
Dekat sini uber dia yang aku naik kereta camry, odyssey, altima dengan tucson. Ini uberX yang low cost punya kereta taw. lol sangat
Flight kami pukul 4.00 petang. So melanguk je lah dekat airport tu.
Sebelum check in luggage tu kami check berat luggage takut terlebih lagi kan.
Barang aku je dah 19.7kg. member aku 18++kg. nasib baik kami dah beli 20kg lepas tu tambah lagi 20kg dekat klia2 hari tu. Padahal tengok barang macam tak banyak sangat pun.

So that's the end of my story for the perth trip. Total AUD aku bawak semua $500 tu ada baki lagi $30. Taktau lah beli apa entah banyak sangat kat sana. Overall it was a great trip and I enjoyed perth so much!

Nov 19, 2016

Kad kredit part 2

Hi peeps, i'm back!

(Typing...)
(Typing...)

(Typing...)
Hmm ok nk buat intro ni lah paling susah. Taktau nk tulis apa sebenarnya ni. Saja entah tangan gatal nak menaip. Ni pn saja nak cuba taip posting kt tab. Susah btol.

Tak nak lah ckp pasal kerja. 5 hari kerja, takkan 2 hari cuti pn nak fikir pasal kerja lagi. Tapi tadi petang aku ada lah buat reading sikit pasal Comfort Control system. Ye lah kekadang otak ni kena push juga biar dia berjalan je. Kata bakal ir. Kena la kumpul knowledge *cehhh*

So tadi aku baca balik post kt blog lama aku. Kelakar dan sgt tidak matang lah tulisan aku yg dulu2. Kenapa aku yg sekarang bukan seperti yg dulu.. Ok yg ni kisah dia pasal kad kredit. Posting tahun 2010. Haha umur baru 19 tahun dah cakap pasal kad kredit. Kenapa lah tak amek course finance dulu.

Ok aku quote lah tulisan aku dari post tu

"pike la masak2 b4 nk apply kad kredit. aku? erm. nta la. ha3" (nmpk x tak matang nya taip before jd b4 tu)

ok so nk bgtau skrg aku ada kad kredit. If only i can go back time and tell my old self weyh ko dah apply kad kredit dohh. Pastu ko guna utk shopping baju kat padini sampai rm300. Nasihat sendiri pn xleh nk pakai konon guna utk kecemasan je haha

Tp part bayar on time tu aku betul lah. What i use, i pay it back. Guna rm300, bayar balik rm300 sebelum cut off date. Pernah lah sekali kena penalti sbb bayar lambat. Sampai maybank hantar surat ke ofis. Hmm bukan nya lambat 2 3 bulan pn. Tapi sekali tu je lah

So far mmg aku limit kan penggunaan kad kredit utk isi minyak je. Cuma kalau betul2 desperate aku guna utk shopping. By desperate tu i mean bila waktu ko tengah angin menggila nk shopping sampai rm100++ tapi cash xde haha

Pastu kad kredit ni satu je pn dah ckup. Aku taktau kenapa ada org nk kena ada sampai 5 kad kredit. 5 atm kad boleh terima lagi lah. 5 kad kredit tu andaian aku mungkin sebab credit limit dia sikit kot. Kad kredit aku tu limit rm5000 tapi tak pernah pn cecah limit. RM5000 kott. Yang jadah sampai 1 kad pn tak ckup tu shopping beli tanah ke apa.

Bagi aku kad kredit ni dah makin jadi satu keperluan. Nak booking flight, hotel, beli apps, mostly guna kad kredit. So nasihat aku apply je. Tak guna pn takpe, ko tak payah la bayar. Tak rugi pn ada kad kredit. Rugi nya bila ko tak faham benda yg ko swipe tu ko still kena bayar juga, bukannya free hmm

Feb 23, 2016

Workload

Fuhh fuhhhhh *bersihkan sawang*
ehh dah takde kerja sangat ke sampai tiba-tiba buat kerja gile update blog ni
ok to be clear post ni bukan lah untuk mengisi masa terluang tapi untuk melepaskan sedikit beban di kepala yang seberat kapal titanic sebelum karam
nak bebel pasal kerja yang mungkin akhirnya akan siap dalam 3-4 hari lagi
eh bukan siap terus tapi reda sedikit lah after 2++ months struggling and working days and nights

kerja apa nye ni sampai busyyy je memanjang kan
"Consultant Engineer - Mechanical" pehh bunyi macam hebat nak mati - ke biasa je?
ok lah sekarang ni tak cukup lapang lagi nak explain about my job which could be very useful actually for those whose interested in working in M&E consultancy firm
i have to tell you that i am actually *sometimes* enjoying my work
you can learn soooo much and bla bla bla

alamak time's up. dah pukul 12.00am
i have drawings to amend before i can go to sleep
i'm very tight with time sekarang ni even masa kat rumah - and yet still got time to sleep for 2 hours after got back from work tadi
tomorrow i have 60++ drawings to check, a contract document to amend - 1000++ pages ok, then have to prepare cost estimate, and letter - nampak senang nak tulis surat but it can actually take more or less an hour to finish the letter cause you have to check it at least 10 times to make sure your boss will not spot any mistake, which he will eventually do with even a small tiny little minor mistake

so GTG. until the next post - which actually means the next two years

May 30, 2014

Passion

finallyyy i have free time. DAN ade mood untuk update blog.
macam biase lah.. kadang tu bila ade mase, takde mood.
dan sebalik nye lah  kan


too many to say, but too lazy to type. so aku #hashtag je lah the important things.
malas lah nak cite sume. like anyone care what's going on with my life. pffttt :3
last month i went to an interview. hah tak cukup satu kerja, nak apply lagi satu plak kan.
i've been thinking of resigning ni dah lame dah pn.
boss is good, superior is good, colleagues are good, salary is good.
tapi aku tak enjoy dengan kerja aku. frankly i have no idea what i've been doing.
and this is not what i've expected after spending last 4 years in UTM.
even kalau aku baru lepas SPM pn aku still boleh buat kerja ni. TRUST ME.


so analogi nye, that 4-years head damaged cuma tiket semata untuk masuk keje je.
lepas dapat masuk, nak wat pe lagi dgn tiket tu. buang je dalam tong sampah.
so that's one out of ten reasons aku nak resign. lagi 9 reasons tu, ah malas lah nk bgtau.

hopefully kerja baru ni will be better lah. kalau tak, cari kerja lain lagi.
sementara masih muda ni, better find your passion dulu.
at least nanti dah berumur i'll be enjoying myself doing things i've been passionate.
ini kalau awal-awal dah tak suka, how do you expect i will enjoy this in 10 years later. hell nooooo.


so word of advice untuk kengkawan-kawan sahabat handai, kalau lah tak suka kerja tu, resign je.
cari kerja lain. rezeki ada kat mana-mana. doa banyak-banyak.
kalau amek degree mechanical tapi minat menjahit, nak bukak butik ke ikut suke lah.
tapi make sure lah dapat kerja baru dulu baru bagi notice resign.
kang tak pasal-pasal jadi penganggur tetap, hmm dapat la duit raya dari mak sedare lagi tahun ni. lulzz.

Mar 9, 2014

#justmytwocents

#justmytwocents

the thing i like about this leader compare to the other one is because he has a wife and daughter yang pakai tudung, tutup aurat. that just shows how reliable and responsible he is

#justmytwocents
#justmytwocents
#justmytwocents

agree with this comment from a facebook user:

"I dont understand why the media are capitalizing on people's grief by snapping pics of them?do we need to see relatives breaking down to believe they are grieving?" -source: Facebook

i'm sure they don't need that. they just want their families, not publicities. maybe we should give some respects

#justmytwocents
#justmytwocents
#justmytwocents