May 21, 2017

Jalan-jalan Perth

Salam hujung minggu!

Ini adalah post yang ke-83, 184 hari selepas post terakhir pada 19/11/2016, dan post pertama pada tahun 2017 *applause*
Manakan wujud nya post ni kalau takde benda untuk diperkatakan kan

Ceritanya masa 14/5-17/5/2017 yang lepas aku pergi vacation di Perth.
My furthest oversea's trip so far. dulu terbang sampai ke Bali saje
Jadinya posting ni bertujuan untuk disimpan sebagai kenangan supaya trip bertotal RM2000+ ni tak dilupakan macam tu je *ketawa dalam kesedihan*

Flight aku dari klia2 pukul 12.00 pagi 14/5 (ahad). So sabtu petang tu memang dah ada kt airport nk get ready check in masuk luggage apa semua lah kan.
Memang plan nya ambik flight malam, tidur dalam flight lepas tu sampai je perth terus pergi berjalan. No time to be wasted. Itinerary pun memang sangat pack untuk the whole trip.
Seboleh-boleh je nak pergi semua tempat dalam 3 hari tu kan

One thing to remember kalau nak pack barang, 10kg tu tak berat pun okk.
Aku memang dah siap beli luggage dengan member aku 25kg. 10kg aku, 10kg dia, 5kg untuk barang makanan kitorang
Sekali masa nak check-in baggage tu, total berat barang kitorang semua 27kg. Barang aku je 12kg hahaha
Nasib baik AirAsia bagi hand carry 7kg. Aku pun memang bawak beg kecik siap-siap letak dalam luggage tu.
So keluar kan lah 2kg dari luggage tu untuk hand carry.
Selesai check in, imigresen, security semua, melanguk lah kami dekat balai pelepasan tu lebih kurang 3 jam

Flight KL-Perth lebih kurang 5 jam. Dalam flight tu memang tak dapat lah nak beauty sleep sweet dream apa semua kan. tidur-tidur ayam je lah.
Sampai airport perth lebih kurang pukul 5 pagi. Btw time zone malaysia dengan perth adalah sama. So takde lah jet lag.
Sampai airport tu, mula-mula lalu imigresen. Lepas je imigresen tu, ada officer panggil aku tanya pasal kerja apa, pergi perth buat apa, dalam akaun bank ada berapa. etc. Jawab je lah kan dengan muka yang confident. Nasib baik dia tak mintak bank statement ke kan.
Memang aku pernah baca nanti ada officer akan random pick orang untuk disoal siasat. Konon nya pasal yang orang malaysia datang australia petik buah secara haram tu lah. Muka aku ni nampak macam ada rupa pemetik buah lah kot

Settle imigresen, dekat security plak kena queue lagi untuk yang declare bawak makanan. So tips nya prepare list makanan siap-siap. Lepas tu tunjuk je dekat officer tu list tu. Dia jeling kejap je lepas tu terus kasi pass. Tak payah nak bukak kotak tu selongkar barang cek satu-satu.

Dah settle semua, maka bermulalah perjalanan menjejakkan kaki di bumi perth ni. Sebelum tu jangan lupa beli sim card aussie. Senang ada pakej call dengan internet.
Kami dekat perth ni fully depends on public transport. Best thing about WA (Western Australia) ni diorang ada apps untuk public transport, lengkap dengan bus schedule, nombor bas. nombor bus stop semua. Sangat senang nak guna public transport dekat sini.
Tiket untuk public transport ni pulak ada banyak jenis. Nak senang, kalau sabtu dengan ahad, beli je family rider tiket $12.40. Unlimited bus & train ride untuk max 7 orang. Sangat-sangat jimat
Kalau weekdays, boleh beli dayrider $12.40, unlimited bus & train ride untuk 1 orang selepas pukul 9 pagi.
Tapi kami hari tu beli kad smart rider je. Dia macam touch n go. Just reload, lepas tu nak naik bus or train, touch je guna kad tu. Tak payah pergi beli tiket. Senang sikit.
Kalau nak info lebih pergi je website transperth.wa. Semua info ada dekat situ.

First day tu kami singgah hotel dulu tinggal kan luggage. Nak check-in lepas pukul 2 petang baru boleh.
Lepas tu kami terus pergi Fremantle. Fremantle ni bukak hanya hari jumaat, sabtu dengan ahad.
Selalu nya orang datang sini untuk beli souvenir sebab murah.
Lepas tu singgah lunch dekat kedai fish n chips. Bagi aku fish n chips dia overrated sangat. Rasa macam biasa je. Tapi sos dia memang sedap.
Dah kenyang, penat shopping semua, wajiblah singgah tempat-tempat area situ untuk photoshoot kan.
Then kami balik hotel untuk check in. Kami mintak bilik deluxe tapi dia bagi satu double bed dengan satu single bed. Memang selesa sangat bilik dia.
Lepas tu kami pergi blue boat house dalam pukul 5 petang nak ambik gambar je. Tapi di perth ni pukul 5.30 petang dah start nak gelap. Dengan hujan nya. Lepas tu kena tunggu turn ada orang lain sebelum kitorang nak ambik gambar lagi. So kitorang pun plan datang balik besok pagi.
Sebelum balik hotel, kami singgah supermarket dia untuk beli barang-barang dapur sikit.
Sempat lah beli air susu coklat Dare yang orang asyik sebut-sebut tu. Bagi aku it is so overrated. Rasa dia macam susu dutch lady je. Dah lah satu botol tu $4
FYI, dekat aussie ni, price barang dia lebih kurang macam malaysia. Contohnya barang dekat malaysia harga RM4, dekat sini harga lebih kurang $4 jugak. Tapi sebab currency rate dia 3.2 kali ganda dari malaysia, so $4 = RM12+. Jadi mahal lah kan
Sampai hotel, kami masak nasi briyani ayam yang pek Brahim tu. Sedap jugak nasi dia. Tapi lauk-lauk dia macam kurang sikit. But ok lah untuk isi perut kan

Second day, pagi-pagi tu kami terus pergi blue boat house untuk photoshoot. Lepas tu, kami naik bus & train pergi ke Rockingham. Dekat sini ada tempat penguin, sea lion dengan dolphin.
Location dia jauh sikit lah dari bandar Perth. Lebih kurang 1 jam lebih.
Bad news nya, sampai je sana orang tempat tu kata feri unavailable sebab cuaca tak elok.
Nak ke penguin island tu memang kena naik feri.
Kecewa gila. bazir macam tu je lah masa kitorang. So tips untuk yang nak datang sini, call dulu tempat tu tanya feri dia operate ke tak hari tu ok.
Tapi kami dapat jugak lah bergambar sikit dekat tepi pantai tu. Takde lah nampak sia-sia sangat datang situ kan.
Masa nak balik tunggu bas tu, hujan lebat lah pulak. Memang malang betul hari tu haha.
Nasib baik aku bawak baju hujan. Dapat lah kami berdua berteduh sikit.
Penting tau beringat-ingat ni. Tak kisah lah pagi tu cuaca panas pun. Bawak je baju hujan ke payung siap-siap.
Lepas tu kami terus singgah ke Watertown outlet. Dekat sini macam JPO lah. Banyak brand outlet and mostly ada offer. Boleh lah nk beli baju, kasut kat sini
Kami lunch makan kebab dekat sini. Ada tulis halal so jangan risau. Portion dia kalau beli satu tu memang kenyang gila even kau tengah lapar gila. Nampak je macam sikit.
Siap shopping, makan, kitorang pergi Elizabeth Quay. Dekat sini boleh lah nk selfie ke photoshooting sebab nice jugak view dia. Kitorang pun ada naik feri pergi seberang lepas tu patah balik just untuk merasa naik feri je.
Apparently orang sini guna feri as a transport untuk pergi kerja jugak. So this ferry is not just for visitor attraction je.
Lagi satu, dekat perth ni dia galakkan untuk naik basikal jugak. Memang ada special lane untuk basikal. Dekat traffic light pun ada signal light untuk bicycle rider. Dalam train pun ada special area untuk parking basikal.
Then dah malam tu kami singgah restoran indonesia untuk dinner, baru balik hotel

Third day, kami pergi ke Caversham Wilidlife. Dekat sini lah nak tengok kangaroo, koala tu. Boleh kata wajib lah datang sini kalau datang aussie.
Kangaroo dia memang open. Boleh lah nak feed ke, pegang, peluk. Tapi nak tunggang tak boleh ok. Kangaroo dia memang jinak. Awal-awal tu macam takut jugak lah nak sentuh kan. Tapi sebenarnya macam pegang kucing je. Dia tak lari pun kalau kau usap dia.
Koala pulak dia tak bagi dukung. Boleh ambik gambar je. Kalau nak sentuh pun boleh sentuh kat punggung dia je haha. Tapi koala dia sangat manja. Bila attendant tu dukung koala nak letak dekat dahan pokok, koala tu peluk je attendant tu tak nak turun. Haha sangat comel ok. Macam baby.
Lepas tu ada jugak lah show binatang dekat sini kalau nak tengok
Penat memburu binatang, kami naik uber nak ke Chemist Warehouse. Bas agak susah nak dapat dekat sini. Ada pn dalam selang 1 jam kot. So kami naik uber je. Uber dekat sini tak boleh bayar cash. Semua kena pakai kad kredit.
Chemist Warehouse dekat Mirrabooka ni selalu nya orang pergi untuk beli perfume sebab murah lahh kata nya kan. Untuk penggila perfume tu seronok lah. Aku beli mana yang rasa macam affordable je. Tester pun tak ada. So macam pasrah je lah ambik perfume tu. Entah wangi ke tak taktau lah.
Then kami lunch dekat area situ. Aku order ayam 1/4 tapi dia bagi 1/2. Tak macam bannyak pulak kan. Aku makan separuh je. Lagi separuh tapau bawak balik. Sos garlic dia sangat sedap. Tapi sangat kuat bau dia bila kau tapau tu bawak naik dalam bas memang semerbak harum.
Lepas tu kami naik uber lagi pergi ke Megabes. Tempat ni untuk beli souvenir jugak. Dia ada kedai dekat Fremantle tapi orang kata dekat sini lagi murah. Bagi aku baik shopping dekat Fremantle. Lagi banyak pilihan dan luas. Harga tak lah jauh sangat pun beza.
Btw nak datang sini kena call dulu owner dia. Sebab kedai dia kecik je. Kalau ramai sangat serbu nanti dia tak bagi masuk.
Dekat sini je kami spend dekat 1 jam lebih sebab nak bayar tu lama sangat.
Penat shopping, kami singgah beli apple strudels kejap sebelum balik hotel sebab ramai yang recommend untuk rasa apple strudels ni.
Sedap jugak apple strudels ni. Boleh je nak try kalau datang sini. Kat malaysia tak jumpa.
Balik hotel tu kami rehat-rehat kejap, solat, Lepas tu keluar balik untuk bergambar dekat area-area situ je.
Malam tu kami singgah dekat restoran melayu untuk alas perut je. Dekat hotel tu pun ada banyak lagi makanan nak dihabiskan sebelum balik besok.

Untuk last day, kami memang tak plan nak berjalan mana-mana. Pukul 10 pagi dah kena check out.
Kemas-kemas barang, lepas tu naik uber terus pergi airport.
Dekat sini uber dia yang aku naik kereta camry, odyssey, altima dengan tucson. Ini uberX yang low cost punya kereta taw. lol sangat
Flight kami pukul 4.00 petang. So melanguk je lah dekat airport tu.
Sebelum check in luggage tu kami check berat luggage takut terlebih lagi kan.
Barang aku je dah 19.7kg. member aku 18++kg. nasib baik kami dah beli 20kg lepas tu tambah lagi 20kg dekat klia2 hari tu. Padahal tengok barang macam tak banyak sangat pun.

So that's the end of my story for the perth trip. Total AUD aku bawak semua $500 tu ada baki lagi $30. Taktau lah beli apa entah banyak sangat kat sana. Overall it was a great trip and I enjoyed perth so much!